Friday, June 4, 2010

Bermain Sambil Belajar


Taska Permata Keluarga Kg. Ibok amat menitikberatkan kepada kepentingan bermain sambil belajar. Bermain adalah fitrah kanak-kanak. Ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dan mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan pembelajaran mereka.
Bermain dijadikan sebagai pendidikan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak terutama di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok. Hal ini kerana bermain membolehkan kanak-kanak:

1. Menggunakan kemahiran otot kasar dan otot halus
2. Meluahkan perasaan
3. mengembangkan penggunaan deria
4. Membina konsentrasi / interest span
5. mengasah pemikiran yang kreatif dan inovatif
6. Berbual dan berkongsi idea
7. Meningkatkan aktiviti intelektual dan penyelesaian masalah.

Bermain sambil belajar merupakan sebuah slogan yang harus di fahami iaitu belajar yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah melalui kaedah bermain. Bermain sambil belajar dalam erti ini tidaklah bermaksud melakukan dua kegiatan sekaligus iaitu bermain dan belajar, yang dilakukan secara bergantian tetapi kanak-kanak belajar melalui bermain. Aktiviti kanak-kanak lebih ditekankan pada ciri-ciri bermain. Teknik bermain tampak lebih menonjol daripada belajar. Kegiatan belajar, dalam aspek 'belajar sambil bermain' merupakan kesan bawah sedar sehinggalah hasil belajar dinilai dengan hasil pemerolehan. Melalui bermain itulah, kanak-kanak memperoleh berbagai kemampuan seperti kemampuan berkomunikasi, berbahasa, bersosial, kemampuan pengurusan emosi dan kemampuan berfikir secara logik-matematik.

No comments:

Post a Comment