Monday, February 14, 2011

Lawatan Ke Perpustakaan Desa Kg. Ibok



Pada 15 Februari 2011, kami para pendidik telah membawa kanak-kanak Taska Permata Keluarga Kg. Ibok ke Perpustakaan Desa Kg. Ibok Kemaman. Perpustakaan Desa ini hanya bersebelahan dengan taska sahaja. Sepanjang sesi lawatan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti membuat lipatan origami, membaca buku, menari dan menonton VCD pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Penyelia Perpustakaan, Puan Rizawati Abd Muni di atas kerjasama dan layanan baik yang telah di berikan. Puan Rizawati merupakan ibu kepada adik Nur Maulhayati Abd. Manan iaitu salah seorang kanak-kanak yang berdaftar di Taska kami. Lawatan ini juga membolehkan kami para pendidik mendapat ilmu baru disamping berkongsi idea dan pandangan. Terima kasih juga di atas pemberian cenderamata kepada adik-adik taska. Kami sangat terhibur...









Lawatan Pasukan Pergigian Bergerak Ke Taska

Pasukan Pergigian Bergerak dari Klinik Pergigian Kemaman telah mengadakan lawatan ke Taska Permata Keluarga Kg. Ibok pada 9 Februari 2011, jam 9.30 pagi. Ini merupakan lawatan kali ke 3 oleh Pasukan Pergigian Bergerak sepanjang taska ini beroperasi. Sepanjang sesi lawatan, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti latihan memberus gigi, ceramah pergigian dan "Sapuan Topikal Fluorida" khususnya kepada kanak-kanak toddler di taska ini. Kami pendidik taska ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jururawat yang bertugas kerana begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di taska ini. Kami turut terhibur. Terima Kasih, datang la lagi...


Monday, February 7, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA


Assalamualaikum diucapkan kepada semua...
Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, ting tong, tong ting, hari ini genaplah setahun Taska Permata Keluarga Kg. Ibok beropersi. Syukur kepada Allah kerana di atas limpah dan kurnianya kami para pendidik Taska dapat melaksanakan amanah dan tanggung jawab dengan baik. Insyaallah, pada tahun ini kami para pendidik akan memastikan kanak-kanak yang berdaftar di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok akan mendapat pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan samaada dari segi fizikal, sosioemosi, bahasa dan juga pra sains dan matematik dengan sebaik mungkin. Itu janji kami.... Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai-pegawai YPKT yang banyak membantu kami dalam memastikan Taska berada di dalam suasana yang kondusif, ceria dan mesra kanak-kanak.. SETIAP ANAK PERMATA NEGARA... KELUARGA BAHAGIA ANDA SEJAHTERA...........