Saturday, January 15, 2011

Biarkan Kanak-Kanak Bermain


Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang kanak-kanak bermain kerana ini mungkin akan melumpuhkan kreativiti mereka. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya. Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.

Apakah faedah kanak-kanak bermain?
Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Bermain sebagai terapi
Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar kanak-kanak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Kanak-kanak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka

Bermain sebagai proses fizikal
Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.

Friday, January 14, 2011

Majlis Pembuka Tirai Tahun 2011

Alhamdulillah... Selesai sudah Taklimat dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan pada pagi tadi.. Terima Kasih diucapkan kepada En. Kamarulzaman bin Awang, Ketua Penolong Pegarah, Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di atas kesudian beliau menyampaikan taklimat dan ceramah yang bertajuk Menggilap Potensi Seawal Usia. Tajuk yang menarik dan membuatkan para ibu bapa dan hadirin yang hadir betul-betul memberi tumpuan dan perhatian. Bengkel turut diselitkan dengan persembahan cerita dan nyayian yang bertajuk Rama-Rama Yang Sombong oleh guru-guru Taska Keluarga Kemaman yang di ketuai oleh pengurusnya iaitu Cikgu Mie. Tahniah diucapkan, satu persembahan yang menarik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Wan Yusmalifalida Wan Razali, Pegawai YPKT Kawasan Kemaman, En. Mohamad bin Salleh, Pengerusi JKKK Kg. Ibok, rakan-rakan guru yang hadir terutamanya pengurus dan guru-guru Taska Keluarga Kemaman, Pengurus Taska Permata Keluarga Kg. Fikri , Cikgu Nor, En. Marzuki Yusof, Pembantu Sosio Ekonomi dan para ibu bapa serta penduduk Kampung Ibok yang sudi hadir bagi memeriahkan bengkel ini.. Kami mengharapkan sokongan anda semua...Terima Kasih

Saturday, January 8, 2011

Taklimat Taska Permata Keluarga Kg Ibok 2011


Satu taklimat akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Januari 2011, jam 8.00 pagi bertempat di Taska Permata Keluarga Kg Ibok Kemaman. Taklimat akan disampaikan oleh En. Kamarulzaman Awang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Turut hadir Pegawai YPK Kawasan Kemaman, En. Wan Yusmalifalida Wan Razali. Semua ibu bapa, penjaga dan penduduk Kg Ibok dijemput hadir.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011 To All.

We Taska Permata Keluarga Kg Ibok Kemaman teacher would like to wish Happy New Year to all. Thank you because visit our blog site. To children taska that will be stepping to kindergarten nature and pre school, we wish to say safe studying and facing new world. Do not mischievous and that important do not cry yeah. May what has been learned in taska can be applied in pre school later. Safe succeed us say. We all your love. To Cikgu Ma and Cikgu Za safe work in new location. Make the best teacher and also be a capable, dedicated and that important what has been learned in here can be applied also in taska new later. To children that will beginning to register tomorrow in Taska Permata Keluarga Kg Ibok, welcome we say. Year 2011 promising the best for children early development. Insyaallah...