Wednesday, June 29, 2011

Majlis Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak TASKA


Pada hari rabu, 29 Jun 2011 jam 2.00 petang, kami warga TPK Kg. Ibok telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak TASKA. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pemantau kami, Cik Norsabarina binti Hassan kerana sudi hadir pada majlis kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada para ibu bapa di atas sokongan dan sumbangan juadah yang diberikan. Kami mengharapkan penglibatan ibu bapa yang berterusan..







Wednesday, June 8, 2011

Panduan Urutan Bayi


Teknik urutan bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk suapan pada beberapa bahagian badan. Sekarang, kami akan menerangkan kepada semua pembaca bagaimana teknik I LOVE YOU di lakukan.

Teknik I LOVE YOU

I – Buatkan gerakan huruf “I” ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi

LOVE – Buat bentuk "L" terbalik dari arah kiri ke kanan

U – Kemudian buatkan bentuk U terbalik dari kiri ke kanan

Ketika membuat gerakan ini, sebutkan “I LOVE YOU” dalam nada suara yang penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

~SELAMAT MENCUBA~

~Salam Sejahtera Semua~


Salam, apa khabar semua? Di harap anda semuanya dalam keadaan sihat. Sudah lama kami warga TPK Ibok tidak menulis di dalam blog ini. Al maklumlah kerana kekangan masa menyebabkan blog ini tergendala seketika. Tetapi tidak mengapa. Sekarang kami warga pendidik TPK Ibok muncul kembali untuk berkongsi pelbagai ilmu dan panduan yang amat berguna kepada anda semua selain menceritakan tentang aktiviti yang kami jalankan bersama adik-adik di TPK.
Apa pun kami warga pendidik TPK Ibok ingin mengucapkan selamat datang kembali kepada Cikgu Za. Sekarang Cikgu Za dah mula bertugas di TPK Ibok dan kepada adik- adik yang baru mendaftar pada awal bulan JUN baru-baru ini juga kami ingin mengucapkan selamat datang. Sekarang musim cuti sekolah, jadi rasa sunyi la sikit keadaan di TASKA kerana ramai adik-adik TPK sedang bercuti. Selamat Bercuti kami ucapkan...
Kepada anda semua yang ingin berkongsi maklumat yang berguna kepada kami tentang TASKA bolehlah di emailkan ke ypkkemaman@yahoo.com..

Monday, February 14, 2011

Lawatan Ke Perpustakaan Desa Kg. Ibok



Pada 15 Februari 2011, kami para pendidik telah membawa kanak-kanak Taska Permata Keluarga Kg. Ibok ke Perpustakaan Desa Kg. Ibok Kemaman. Perpustakaan Desa ini hanya bersebelahan dengan taska sahaja. Sepanjang sesi lawatan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti membuat lipatan origami, membaca buku, menari dan menonton VCD pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Penyelia Perpustakaan, Puan Rizawati Abd Muni di atas kerjasama dan layanan baik yang telah di berikan. Puan Rizawati merupakan ibu kepada adik Nur Maulhayati Abd. Manan iaitu salah seorang kanak-kanak yang berdaftar di Taska kami. Lawatan ini juga membolehkan kami para pendidik mendapat ilmu baru disamping berkongsi idea dan pandangan. Terima kasih juga di atas pemberian cenderamata kepada adik-adik taska. Kami sangat terhibur...









Lawatan Pasukan Pergigian Bergerak Ke Taska

Pasukan Pergigian Bergerak dari Klinik Pergigian Kemaman telah mengadakan lawatan ke Taska Permata Keluarga Kg. Ibok pada 9 Februari 2011, jam 9.30 pagi. Ini merupakan lawatan kali ke 3 oleh Pasukan Pergigian Bergerak sepanjang taska ini beroperasi. Sepanjang sesi lawatan, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti latihan memberus gigi, ceramah pergigian dan "Sapuan Topikal Fluorida" khususnya kepada kanak-kanak toddler di taska ini. Kami pendidik taska ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jururawat yang bertugas kerana begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di taska ini. Kami turut terhibur. Terima Kasih, datang la lagi...


Monday, February 7, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA


Assalamualaikum diucapkan kepada semua...
Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, ting tong, tong ting, hari ini genaplah setahun Taska Permata Keluarga Kg. Ibok beropersi. Syukur kepada Allah kerana di atas limpah dan kurnianya kami para pendidik Taska dapat melaksanakan amanah dan tanggung jawab dengan baik. Insyaallah, pada tahun ini kami para pendidik akan memastikan kanak-kanak yang berdaftar di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok akan mendapat pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan samaada dari segi fizikal, sosioemosi, bahasa dan juga pra sains dan matematik dengan sebaik mungkin. Itu janji kami.... Terima kasih juga diucapkan kepada pegawai-pegawai YPKT yang banyak membantu kami dalam memastikan Taska berada di dalam suasana yang kondusif, ceria dan mesra kanak-kanak.. SETIAP ANAK PERMATA NEGARA... KELUARGA BAHAGIA ANDA SEJAHTERA...........

Saturday, January 15, 2011

Biarkan Kanak-Kanak Bermain


Kanak-kanak memang gemar bermain apa sahaja. Jangan asyik melarang kanak-kanak bermain kerana ini mungkin akan melumpuhkan kreativiti mereka. Jadi berikan kebebasan si manja untuk bermain asalkan tidak membahayakan keselamatannya. Pada peringkat setahun hingga tiga tahun, kanak-kanak mulai membina sikap meneroka ke seluruh ruang rumah untuk bermain dengan apa sahaja objek yang mereka temui. Objek-objek seperti kotak, kertas dan botol- botol kecil yang dianggap tidak berguna oleh orang dewasa merupakan suatu alat mainan yang mengasyikkan bagi kanak-kanak.

Apakah faedah kanak-kanak bermain?
Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.

Bermain sebagai terapi
Bermain sebenarnya boleh dijadikan sebagai pemulihan terapi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang gemar bermain dengan anak patung atau “soft toy” lazimnya gemar bercakap-cakap, menyikat rambut dan memakaikan baju pada anak patung kesayangannya. Semua proses ini mengajar kanak-kanak agar lebih yakin dan tenang apabila menghadapi sesuatu masalah. Kanak-kanak yang tidak gemar bertemu doktor umpamanya boleh diajar bermain doktor-jururawat menggunakan anak patung kesayangan mereka itu. Melalui permainan doktor-jururawat ini mereka diajar memahami tugas-tugas doktor sekali gus menenangkan perasaan dan sebagai suatu pemulihan terapi yang baik untuk mereka

Bermain sebagai proses fizikal
Kanak-kanak dan aktiviti fizikal memang tidak boleh dipisahkan. Selagi kanak-kanak itu tidak terlantar sakit, maka ia akan terus bergerak sehinggalah dia tidur. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.

Friday, January 14, 2011

Majlis Pembuka Tirai Tahun 2011

Alhamdulillah... Selesai sudah Taklimat dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan pada pagi tadi.. Terima Kasih diucapkan kepada En. Kamarulzaman bin Awang, Ketua Penolong Pegarah, Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di atas kesudian beliau menyampaikan taklimat dan ceramah yang bertajuk Menggilap Potensi Seawal Usia. Tajuk yang menarik dan membuatkan para ibu bapa dan hadirin yang hadir betul-betul memberi tumpuan dan perhatian. Bengkel turut diselitkan dengan persembahan cerita dan nyayian yang bertajuk Rama-Rama Yang Sombong oleh guru-guru Taska Keluarga Kemaman yang di ketuai oleh pengurusnya iaitu Cikgu Mie. Tahniah diucapkan, satu persembahan yang menarik. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Wan Yusmalifalida Wan Razali, Pegawai YPKT Kawasan Kemaman, En. Mohamad bin Salleh, Pengerusi JKKK Kg. Ibok, rakan-rakan guru yang hadir terutamanya pengurus dan guru-guru Taska Keluarga Kemaman, Pengurus Taska Permata Keluarga Kg. Fikri , Cikgu Nor, En. Marzuki Yusof, Pembantu Sosio Ekonomi dan para ibu bapa serta penduduk Kampung Ibok yang sudi hadir bagi memeriahkan bengkel ini.. Kami mengharapkan sokongan anda semua...Terima Kasih

Saturday, January 8, 2011

Taklimat Taska Permata Keluarga Kg Ibok 2011


Satu taklimat akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Januari 2011, jam 8.00 pagi bertempat di Taska Permata Keluarga Kg Ibok Kemaman. Taklimat akan disampaikan oleh En. Kamarulzaman Awang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Turut hadir Pegawai YPK Kawasan Kemaman, En. Wan Yusmalifalida Wan Razali. Semua ibu bapa, penjaga dan penduduk Kg Ibok dijemput hadir.

Sunday, January 2, 2011

Happy New Year 2011 To All.

We Taska Permata Keluarga Kg Ibok Kemaman teacher would like to wish Happy New Year to all. Thank you because visit our blog site. To children taska that will be stepping to kindergarten nature and pre school, we wish to say safe studying and facing new world. Do not mischievous and that important do not cry yeah. May what has been learned in taska can be applied in pre school later. Safe succeed us say. We all your love. To Cikgu Ma and Cikgu Za safe work in new location. Make the best teacher and also be a capable, dedicated and that important what has been learned in here can be applied also in taska new later. To children that will beginning to register tomorrow in Taska Permata Keluarga Kg Ibok, welcome we say. Year 2011 promising the best for children early development. Insyaallah...