Tuesday, November 23, 2010

Selamat Berpisah Humayra


Sedih rasanya kami tenaga pendidik di sini untuk berpisah dengan adik Qaisara Humayra bt Ahmad Hamdan. Hari ini merupakan hari terakhir adik Humayra berada di taska dan akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan mengikut ibu bapanya bekerja di sana. Keletahnya yang bersahaja itu pasti akan membuatkan kami rindu. Kami tenaga pendidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Humayra kerana berusaha menyiapkan kad ucapan terima kasih. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu adik Humayra, Pn.Norsuhaila di atas pemberian cenderamata kepada kami tenaga pendidik disini. Harapan kami agar adik Humayra menjadi anak yang solehah, pintar dan cemerlang. Selamat Jalan.. Ingatlah kami disini.. We Love U..

No comments:

Post a Comment