Wednesday, December 8, 2010

Lawatan Pasukan Pergigian Bergerak Ke Taska


Pasukan Pergigian Bergerak dari Klinik Pergigian Kemaman telah mengadakan lawatan ke Taska Permata Keluarga Kg. Ibok pada hari ini iaitu 8 Disember 2010, jam 9.30 pagi. Sepanjang sesi lawatan, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti latihan memberus gigi, ceramah pergigian dan "Sapuan Topikal Fluorida" khususnya kepada kanak-kanak toddler di taska ini. Kami pendidik taska ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jururawat yang bertugas kerana begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di taska ini. Kami turut terhibur. Terima Kasih Nurse

Candid Sepanjang Aktiviti Berlangsung..




Tuesday, December 7, 2010

TAHNIAH.. Seramai 735 Kanak-Kanak TASKA YPKT Berjaya Hafaz Muqaddam


Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada 735 kanak-kanak TASKA Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu kerana telah berjaya menghafaz muqaddam pada tahun ini. Ia melibatkan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun daripada 67 buah taska. Kanak-kanak taska telah memperdengarkan bacaan 23 surah lazim pada Majlis Penyampaian Sijil Hafaz Muqaddam bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, pada 4 Disember 2010 lalu. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhammad Ramli Nuh yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad said. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah YPKT, En. Mohd Shafarudin Mustaffa.
Tahniah sekali lagi diucapkan...