Sunday, June 6, 2010

Hasil Kerja dan Kreativiti Kanak-Kanak

Antara aktiviti-aktiviti dan hasil kreativiti yang telah dihasilkan oleh kanak-kanak Taska


My Akuarium


Play Doh


My Face


Tikar Saya


My Flower

Saturday, June 5, 2010

Penglibatan Ibu Bapa


Taska Permata Keluarga Kg Ibok amat menekankan kepada penglibatan ibu bapa di Taska.
Penglibatan ibu bapa merupakan satu proses di mana ibu bapa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan untuk memperkukuhkan amalan asuhan yang sedia ada dan memperkayakan perkembangan kanak-kanak.
Apabila adanya penglibatan ibu bapa di Taska, ibu bapa dan pendidik sebagai satu pasukan dapat bekerjasama demi kepentingan kanak-kanak. Suasana yang menggalakkan dapat diwujudkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak khasnya keyakinan dan konsep diri sendiri.
Kanak-kanak juga akan merasa selesa dan gembira. Dengan adanya kesinambungan dari Taska ke rumah dan sebaliknya, kanak-kanak akan mempunyai peluang mencapai perkembangan menyeluruh. Penglibatan ibu bapa di taska juga secara tidak langsung membantu ibu bapa meningkatkan kemahiran mereka dengan merancang kegiatan-kegiatan untuk kanak-kanak, berhubung dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lain. Dengan mengambil bahagian dalam kegiatan di taska, mereka dapat berkongsi pengalaman dan menasihati ibu bapa yang lain.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan senantiasa merancang, menyedia dan menjalankan pelbagai program seperti Bengkel Bermain Sambil Belajar, Bengkel Kemahiran Keibubapaan dan sebagainya bagi memastikan para ibu bapa mendapat pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam amalan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Friday, June 4, 2010

Bermain Sambil Belajar


Taska Permata Keluarga Kg. Ibok amat menitikberatkan kepada kepentingan bermain sambil belajar. Bermain adalah fitrah kanak-kanak. Ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dan mempunyai peranan penting dalam perkembangan dan pembelajaran mereka.
Bermain dijadikan sebagai pendidikan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak terutama di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok. Hal ini kerana bermain membolehkan kanak-kanak:

1. Menggunakan kemahiran otot kasar dan otot halus
2. Meluahkan perasaan
3. mengembangkan penggunaan deria
4. Membina konsentrasi / interest span
5. mengasah pemikiran yang kreatif dan inovatif
6. Berbual dan berkongsi idea
7. Meningkatkan aktiviti intelektual dan penyelesaian masalah.

Bermain sambil belajar merupakan sebuah slogan yang harus di fahami iaitu belajar yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah melalui kaedah bermain. Bermain sambil belajar dalam erti ini tidaklah bermaksud melakukan dua kegiatan sekaligus iaitu bermain dan belajar, yang dilakukan secara bergantian tetapi kanak-kanak belajar melalui bermain. Aktiviti kanak-kanak lebih ditekankan pada ciri-ciri bermain. Teknik bermain tampak lebih menonjol daripada belajar. Kegiatan belajar, dalam aspek 'belajar sambil bermain' merupakan kesan bawah sedar sehinggalah hasil belajar dinilai dengan hasil pemerolehan. Melalui bermain itulah, kanak-kanak memperoleh berbagai kemampuan seperti kemampuan berkomunikasi, berbahasa, bersosial, kemampuan pengurusan emosi dan kemampuan berfikir secara logik-matematik.

Bidang Perkembangan Kanak-Kanak



Berdasarkan gambarajah di atas, terdapat enam komponen utama yang ditekankan di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok iaitu sosio emosi dan kerohanian, bahasa dan literasi awal, pra math dan logik, sensorial dan pemahaman dunia persekitaran, estetika dan kreatif dan motor kasar dan motor halus. Komponen ini amat penting dalam merangsang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Setiap aktiviti yang dijalankan di Taska perlu meliputi ke enam-enam komponen ini.

Rhymes

Teddy Bear Turn Around

Teddy bear, teddy bear turn around
Teddy bear, teddy bear touch the ground

Teddy bear, teddy bear touch your toes,
Teddy bear, teddy bear wear your shoes

Teddy bear, teddy bear go up the stairs
Teddy bear, teddy bear change your clothes
Teddy bear, teddy bear switch off the lights
Teddy bear, teddy bear go to sleep

Turn-Around

Close your eyes
Open your eyes
Nod your head
And turn around, turn around, turn around

Open your mouth,
Close your mouth
Wiggle your nose,
And turn around, turn around, turn around

Stamp your feet loudly
Stamp your feet softly
Clap your hands loudly
And clap your hands very softly
Shake your arms
Shake your legs
Wiggle your fingers
And turn around, turn around, turn around

Touch your ears
Scratch your back
Rub your stomach
And turn around, turn around, turn around

Stamp your feet loudly
Stamp your feet softly
Clap your hands loudly
And clap your hands very softly
Bend your arms
Bend your legs
Bend from your waist
And turn around, turn around, turn

Video Lagu Kanak-Kanak

Aktiviti Kanak-Kanak

Gambar dibawah menunjukkan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh kanak-kanak di Taska Permata Keluarga Kg. Ibok.


Berikan kanak-kanak peluang untuk bermain, kerana ia membina kemahiran dan keyakinan kanak-kanak – Jean Piaget

"Setiap Anak Adalah Permata Negara"


Pusat Anak Permata terbaik untuk perkembangan kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal (untuk anak yang berusia 18 bulan hingga 4 tahun):


# Setiap Anak adalah Permata Negara

# Setiap Anak amat Beharga

# Setiap Anak adalah Modal Insan Negara

# 3 tahun pertama amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak

# 100 billion sel saraf (neuron) perlu dirangsang kepada kanak-kanak di bawah 4 tahun

KINI DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN..

Daftarkan segera anak-anak anda di:

TASKA PERMATA KELUARGA Kg. Ibok,
PT 2845 Kampung Ibok, Mukim Hulu Chukai,
24000 Kemaman Terengganu.


Daftar segera!
Tempat terhad untuk 40 kanak-kanak sahaja

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Cik Norsabarina Hassan di talian 09-8520501